Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 5,996 kes baru COVID-19, 2 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,996 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (25 Jan), termasuk 418 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 5,996 kes baru COVID-19, 2 kematian

Para pejalan kaki menyeberangi jalan raya di Orchard Rd, Singapura, pada 4 Sep 2020. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,996 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (25 Jan), termasuk 418 kes import.

Dua kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 25 Jan: 5,996

Kes baru dalam masyarakat: 5,578
Kes import: 418

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,934. Ini terdiri daripada 18 kes import dan 3,916 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,062 kes disahkan menerusi ujian PCR - 1,662 adalah jangkitan tempatan manakala 400 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 322,770 sejak pandemik bermula

KEMATIAN

Kes kematian pada 25 Jan: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 850

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.68, merosot berbanding 2.69 pada Isnin (24 Jan)

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 509 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 478 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 35
Dipantau rapi di ICU: 10

Seramai 3,067 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 91 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 56 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan