S'pura lapor 5,729 kes baru COVID-19; 5 korban jiwa
Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,729 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (30 Mac).

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,729 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (30 Mac).
Ia terdiri daripada 5,590 jangkitan tempatan dan 139 kes import.
Lima kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 30 Mac: 5,729
Kes baru tempatan: 5,590
Kes import: 139
Jumlah kes baru Protokol 2: 4,964 Ini terdiri daripada 111 kes import dan 4,853 jangkitan tempatan.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 765 kes disahkan menerusi ujian PCR. 737 adalah jangkitan tempatan manakala 28 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,090,823
KEMATIAN
Kes kematian pada 30 Mac: 5
Jumlah kematian sejauh ini: 1,263
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.66, turun berbanding 0.69 semalam (29 Mac).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 660 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 728 semalam (29 Mac).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 72
Dipantau rapi di ICU: 26
Seramai 5,496 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Selasa (29 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 71 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.