Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 5,605‬ kes baru; COVID-19 ragut lagi 5 nyawa

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,605‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 5,605‬ kes baru; COVID-19 ragut lagi 5 nyawa

Orang ramai memakai pelitup ketika berjalan di stesen MRT Bishan di Singapura pada 29 Mei 2022. (Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,605‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (31 Mac).

Ia terdiri daripada 5,459 ‬jangkitan tempatan dan 146 kes import.

Lima lagi kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 31 Mac: 5,605
Kes baru tempatan: 5,459
Kes import: 146

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,869

Ini terdiri daripada 128 kes import dan 4,741 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 736‬ kes disahkan menerusi ujian PCR. 718 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,096,428

KEMATIAN

Kes kematian pada 31 Mac: 5

Jumlah kematian sejauh ini: 1,268

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.64, turun berbanding 0.66 semalam (30 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 646 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 660 semalam (30 Mac).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 87

Dipantau rapi di ICU: 27

Seramai 5,152 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (30 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 71 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan