Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 5,481 kes baru COVID-19; 6 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,481 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (12 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 5,040 jangkitan tempatan dan 441 ‬kes import.

Enam kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 12 Ogos: 5,481
Kes baru tempatan: 5,040
Kes import: 441

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,881

Ini terdiri daripada 4,495 kes tempatan dan 386 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 600 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 545 adalah jangkitan tempatan, manakala 55 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,786,643

KEMATIAN

Kes kematian pada 12 Ogos: 6

Jumlah kematian sejauh ini: 1,552

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kekal pada 0.79. 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 642 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 686 yang dicatatkan semalam (11 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 55

Dipantau rapi di ICU: 24

Seramai 7,812 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis (11 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan