S'pura lapor 5,207 kes baru COVID-19; 1 kematian
Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,207 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (29 Jan), termasuk 248 kes import.

Orang ramai di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,207 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (29 Jan), termasuk 248 kes import.
Satu kes kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 29 Jan: 5,207
Kes baru tempatan: 4,959
Kes import: 248
Jumlah kes baru Protokol 2: 3,475. Ini terdiri daripada 8 kes import dan 3,467 jangkitan tempatan.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 1,732 kes disahkan menerusi ujian PCR : 1,492 adalah jangkitan tempatan manakala 240 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 343,832
KEMATIAN
Kes kematian pada 29 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 854
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.24 kekal sama dengan kadar pada Jumaat (28 Jan).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 656 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 636 semalam.
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 49
Dipantau rapi di ICU: 13
Seramai 4,798 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Jumaat, 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.
Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.
Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 91 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 58 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.