Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 5,130 kes baru COVID-19; 3 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 5,130 kes baru COVID-19; 3 kematian

Pejalan kaki melintasi jalan raya di Orchard Road. (Gambar fail: Aaron Low/TODAY)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,130 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (14 Jun).

Ia terdiri daripada 4,692‬ jangkitan tempatan dan 438 ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 14 Jun: 5,130
Kes baru tempatan: 4,692
Kes import: 438 

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,716‬

Ini terdiri daripada 4,305 kes tempatan dan 411 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 414‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 387 adalah jangkitan tempatan, manakala 27 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,348,775

KEMATIAN

Kes kematian pada 14 Jun: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,401

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.01, naik berbanding 0.97 semalam (13 Jun). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 250 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 263 semalam (13 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 28

Dipantau rapi di ICU: 2

Seramai 3,048 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (13 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan