Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 4,831 kes baru COVID-19; 4 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,831 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (10 Mei).

Ia terdiri daripada 4,619‬ jangkitan tempatan dan 212 kes import.

Empat kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 10 Mei: 4,831
Kes baru tempatan: 4,619
Kes import: 212

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,421

Ini terdiri daripada 4,225‬ jangkitan tempatan dan 196 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 410 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 394 adalah jangkitan tempatan manakala 16 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,225,024

KEMATIAN

Kes kematian pada 9 Mei: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,356

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.49 naik berbanding 1.1 semalam (9 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 263 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 241 semalam (9 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 24

Dipantau rapi di ICU: 6

Seramai 3,119 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (9 Mei), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus 
Sudah disuntik dos penggalak: 74 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan