Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 4,798 kes baru COVID-19; 3 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 4,798 kes baru COVID-19; 3 kematian

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Aug 2022 10:35PM Dikemas Kini : 07 Aug 2022 10:35PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,798 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (7 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 4,625 jangkitan tempatan dan 173‬ ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 7 Ogos: 4,798
Kes baru tempatan: 4,625
Kes import: 173

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,838

Ini terdiri daripada 3,713 kes tempatan dan 125 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 960 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 912 adalah jangkitan tempatan, manakala 48 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,759,575

KEMATIAN

Kes kematian pada 7 Ogos: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,539

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.83, naik sedikit berbanding 0.82 semalam (6 Ogos). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 622 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 626 yang dicatatkan semalam (6 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 52

Dipantau rapi di ICU: 24

Seramai 7,018 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (6 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa