Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 4,709 kes baru COVID-19; 2 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,709 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (1 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 4,548‬ jangkitan tempatan dan 161‬ ‬kes import.

Dua kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 1 Ogos: 4,709
Kes baru tempatan: 4,548
Kes import: 161

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,255

Ini terdiri daripada 4,119 kes tempatan dan 136 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 454 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 429 adalah jangkitan tempatan, manakala 25 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,718,765

KEMATIAN

Kes kematian pada 1 Ogos: 2

Jumlah kematian sejauh ini: 1,502

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.87, sama seperti semalam (31 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 676 pesakit masih dirawat di hospital, turun
berbanding 698 yang dicatatkan semalam (31 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 65

Dipantau rapi di ICU: 15

Seramai 7,816 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad (31 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan