Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 4,291 kes baru COVID-19; 1 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 4,291 kes baru COVID-19; 1 kematian

Para pekerja pejabat menyeberangi jalan raya di Pickering Street pada 6 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 13 May 2022 11:00PM Dikemas Kini : 13 May 2022 11:00PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,291 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (13 Mei).

Ia terdiri daripada 4,179 jangkitan tempatan dan 112 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 12 Mei: 4,291
Kes baru tempatan: 4,179
Kes import: 112

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,889

Ini terdiri daripada 3,791 jangkitan tempatan dan 98 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 402 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 388 adalah jangkitan tempatan manakala 14 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,236,850

KEMATIAN

Kes kematian pada 13 Mei: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,362

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.48 turun sedikit berbanding 1.49 semalam (12 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 266 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 265 semalam (11 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 28

Dipantau rapi di ICU: 6

Seramai 4,682 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis (12 Mei), 96 peratus penduduk Singapura yang layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 75 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa