Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3,906 kes baru COVID-19; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,130 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (15 Jun).

Ia terdiri daripada 3,536‬‬ jangkitan tempatan dan 370 ‬kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 15 Jun: 3,906
Kes baru tempatan: 3,536
Kes import: 370

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,581‬

Ini terdiri daripada 3,240 kes tempatan dan 341 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 325‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 296 adalah jangkitan tempatan, manakala 29 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,352,681

KEMATIAN

Kes kematian pada 15 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,401

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.02, naik berbanding 1.01 semalam (14 Jun).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 240 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 250 semalam (14 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 28

Dipantau rapi di ICU: 2

Seramai 2,606 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (14 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan