Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3,890 kes baru COVID-19; 2 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3,890 kes baru COVID-19; 2 kematian

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,890 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (11 Mei).

Ia terdiri daripada 3,716 jangkitan tempatan dan 174 kes import.

Dua kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 11 Mei: 3,890
Kes baru tempatan: 3,716
Kes import: 174

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,495

Ini terdiri daripada 3,343 jangkitan tempatan dan 152 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 395 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 373 adalah jangkitan tempatan manakala 22 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,228,914

KEMATIAN

Kes kematian pada 11 Mei: 2

Jumlah kematian sejauh ini: 1,358

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.76 naik berbanding 1.49 semalam (10 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 246 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 263 semalam (10 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 26

Dipantau rapi di ICU: 6

Seramai 2,485 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (10 Mei), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 75 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan