S'pura lapor 3,743 kes baru COVID-19; 4 kematian

(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,743 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (3 Apr).
Ia terdiri daripada 3,674 jangkitan tempatan dan 69 kes import.
Empat lagi kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 3 Apr: 3,743
Kes baru tempatan: 3,674
Kes import: 69
Jumlah kes baru Protokol 2: 3,178
Ini terdiri daripada 60 kes import dan 3,118 jangkitan tempatan.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 565 kes disahkan menerusi ujian PCR. 556 adalah jangkitan tempatan manakala 9 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,109,744
KEMATIAN
Kes kematian pada 3 Apr: 4
Jumlah kematian sejauh ini: 1,276
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.66, naik sedikit berbanding 0.65 semalam (2 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 507 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 512 semalam (2 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 56
Dipantau rapi di ICU: 21
Seramai 5,612 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Sabtu (2 Apr), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 72 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.