Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 365 kes baru COVID-19; 134 jangkitan Omicron disahkan

Tiada kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 365 kes baru COVID-19 di Singapura.

Tiada kematian dilaporkan setakat 12.00 tengah hari Selasa (28 Dis), ini bermakna angka korban COVID-19 kekal sebanyak 825.

Sebanyak 134 kes varian Omicron disahkan di sini hari ini - 40 daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat manakala lagi 94 adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 28 Dis: 365 berbanding 280 pada Isnin (27 Dis) dan 209 pada Ahad (26 Dis)

Kes baru dalam masyarakat: 191
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 1
Kes import: 173

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 278,409

KEMATIAN

Kes kematian pada 28 Dis: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 825

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.67, naik sedikit berbanding 0.62 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 November berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 303 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding 363 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 43
Dipantau rapi di ICU: 6
Sakit tenat di ICU: 17
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 49.1 peratus berbanding 49.3 peratus pada Isnin

Seramai 285 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas - sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 88 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 38 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan