Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3,577 kes baru COVID-19; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,577 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (1 Jun).

Ia terdiri daripada 3,413‬ jangkitan tempatan dan 164 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 1 Jun: 3,577
Kes baru tempatan: 3,413
Kes import: 164

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,211

Ini terdiri daripada 3,065 kes tempatan dan 146 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 366 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 348 adalah jangkitan tempatan, manakala 18 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,306,871

KEMATIAN

Kes kematian pada 1 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,389

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.87, naik sedikit berbanding 0.82 pada Selasa (31 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 327 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 330 semalam (31 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 32

Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 2,686 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (31 Mei), 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 76 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan