Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 355 kes baru COVID-19, 1 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 355 kes baru COVID-19 di Singapura dan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Khamis (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 355 kes baru COVID-19 di Singapura dan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Khamis (16 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 16 Dis: 355 berbanding 474 pada Rabu (15 Dis)

Kes baru dalam masyarakat: 315
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 9
Kes import: 31

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 274,972

KEMATIAN

Kes kematian pada 16 Dis: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 808

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.60, jatuh sedikit berbanding 0.62 pada Khamis (16 Dis).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 Nov berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 504 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 68
Dipantau rapi di ICU: 4
Sakit tenat di ICU: 30
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 45.7 peratus, susut daripada 49.9 peratus pada Rabu

Seramai 847 pesakit dibenarkan pulang.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas - sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 32 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan