Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3,420 kes baru COVID-19; 3 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,420 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (20 April).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3,420 kes baru COVID-19; 3 kematian

Orang ramai melintasi jalan raya di Chinatown, Singapura, pada 22 Feb 2022. (Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,420 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (20 April).

Ia terdiri daripada 3,245 jangkitan tempatan dan 175 kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 21 Apr: 3,420
Kes baru tempatan: 3,245
Kes import: 175

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,076

Ini terdiri daripada 2,911 jangkitan tempatan dan 165 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 344 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 334 adalah jangkitan tempatan manakala 10 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,174,390.

KEMATIAN

Kes kematian pada 21 Apr: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,322

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.92, naik berbanding 0.90 semalam (20 Apr).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 266 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 269 semalam (20 Apr).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 32

Dipantau rapi di ICU: 6

Seramai 2,572 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (19 Apr), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 73 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan