Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 3,404 kes baru COVID-19; 1 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,404kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (15 April).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3,404 kes baru COVID-19; 1 kematian

(Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,404kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (15 April).

Ia terdiri daripada 3,291 ‬jangkitan tempatan dan 113 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 15 Apr: 3,404
Kes baru tempatan: 3,291
Kes import: 113

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,004

Ini terdiri daripada 2,905 jangkitan tempatan dan 99 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 400 kes disahkan menerusi ujian PCR.

386 adalah jangkitan tempatan manakala 14 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,155,581

KEMATIAN

Kes kematian pada 15 Apr: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,310

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.75, kekal sama dengan semalam (14 Apr).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 280 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 272 semalam (14 Apr).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 32

Dipantau rapi di ICU: 10

Seramai 4,488 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (14 Apr), 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 73 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita