S'pura lapor 3,343 kes baru COVID-19; 7 kematian

Suasana di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,343 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (4 Apr).
Ia terdiri daripada 3,291 jangkitan tempatan dan 52 kes import.
Tujuh lagi kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 4 Apr: 3,343
Kes baru tempatan: 3,291
Kes import: 52
Jumlah kes baru Protokol 2: 2,891
Ini terdiri daripada 48 kes import dan 2,834 jangkitan tempatan.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 452 kes disahkan menerusi ujian PCR. 448 adalah jangkitan tempatan manakala 4 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,113,078
KEMATIAN
Kes kematian pada 4 Apr: 7
Jumlah kematian sejauh ini: 1,283
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.66, sama dengan 0.66 semalam (3 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 522 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 507 semalam (3 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 54
Dipantau rapi di ICU: 20
Seramai 5,155 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Ahad (3 Apr), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 72 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.