S'pura lapor 3,259 kes baru COVID-19; 2 kematian

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,259 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (9 April).
Ia terdiri daripada 3,135 jangkitan tempatan dan 124 kes import.
Dua kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 9 Apr: 3,259
Kes baru tempatan: 3,135
Kes import: 124
Jumlah kes baru Protokol 2: 2,827
Ini terdiri daripada 2,717jangkitan tempatan dan 110 kes import .
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 432 kes disahkan menerusi ujian PCR.
418 adalah jangkitan tempatan manakala 14 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,135,428
KEMATIAN
Kes kematian pada 9 Apr: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 1,299
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.76, naik sedikit berbanding 0.75 semalam (8 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 350 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 384 semalam (8 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 36
Dipantau rapi di ICU: 18
Seramai 4,439 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Jumaat (8 Apr), 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 72 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.