Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3,199 kes baru COVID-19; satu kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3,199 kes baru COVID-19; satu kematian

Para pekerja pejabat menyeberangi jalan raya di Pickering Street pada 6 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 19 Jun 2022 09:21PM Dikemas Kini : 19 Jun 2022 09:21PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,199 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (19 Jun).

Ia terdiri daripada 2,900 jangkitan tempatan dan 299 ‬‬kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 19 Jun: 3,199
Kes baru tempatan: 2,900
Kes import: 299‬

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,901‬

Ini terdiri daripada 2,621 kes tempatan dan 280 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 298 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 279 adalah jangkitan tempatan, manakala 19 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,367,761

KEMATIAN

Kes kematian pada 19 Jun: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,403

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.14 naik sedikit berbanding 1.13 semalam (18 Jun).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 275 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 279 semalam (18 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 26

Dipantau rapi di ICU: 8

Seramai 3,882 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (18 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus
 
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa