Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3,128 kes baru COVID-19; 1 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3,128 kes baru COVID-19; 1 kematian
Orang ramai di Raffles Place. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,128 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (11 Jun).

Ia terdiri daripada 2,959 jangkitan tempatan dan 169 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 11 Jun: 3,128
Kes baru tempatan: 2,959
Kes import: 169

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,818

Ini terdiri daripada 2,659 kes tempatan dan 159 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 310‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 300 adalah jangkitan tempatan, manakala 10 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,338,753

KEMATIAN

Kes kematian pada 11 Jun: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,397

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.93, naik berbanding 0.91 semalam (10 Jun). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 233 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 224 semalam (10 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 26

Dipantau rapi di ICU: 2

Seramai 3,453 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat (10 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan