Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 3,002 kes baru COVID-19; 1,637 di bawah Protokol 2

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,002 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (24 Jan), termasuk 378 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,002 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (24 Jan), termasuk 378 kes import.

Tiada kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 24 Jan: 3,002

Kes baru dalam masyarakat: 2,624
Kes import: 378

Jumlah kes baru Protokol 2: 1,637. Ini terdiri daripada tujuh kes import dan 1,630 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,365 kes disahkan menerusi ujian PCR - 994 adalah jangkitan tempatan manakala 371 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 316,774 sejak pandemik bermula

KEMATIAN

Kes kematian pada 24 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 848

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.69, merosot berbanding 2.75 pada Ahad (23 Jan)

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 478 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 433 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 32
Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 3,034 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 91 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 55 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita