S'pura lapor 280 kes baru COVID-19; 101 jangkitan Omicron disahkan
22 daripada kes Omicron yang disahkan hari ini adalah jangkitan dalam masyarakat.
(Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 280 kes baru COVID-19 di Singapura.
Tiga lagi kematian dilaporkan setakat 12.00 tengah hari Isnin (27 Dis), menjadikan angka korban COVID-19 sebanyak 825.
Sebanyak 101 kes baru varian Omicron disahkan di sini hari ini - 22 daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat manakala 79 adalah kes import.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 27 Dis: 280 berbanding 209 pada Ahad (26 Dis)
Kes baru dalam masyarakat: 141
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 5
Kes import: 134
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 278,044
KEMATIAN
Kes kematian pada 25 Dis: 3
Jumlah kematian sejauh ini: 825
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.62.
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 November berada di bawah 1.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 363 pesakit masih dirawat di hospital.
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 42
Dipantau rapi di ICU: 9
Sakit tenat di ICU: 17
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 49.3 peratus berbanding 50.1 peratus pada Ahad
Seramai 319 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Ahad, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas - sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.
Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 88 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 37 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.