Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 2,751 kes baru COVID-19; 2 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 2,751 kes baru COVID-19; 2 kematian

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 23 May 2022 10:52PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,751 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (23 Mei).

Ia terdiri daripada 2,678 jangkitan tempatan dan 73 kes import.

Dua kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 22 Mei: 2,751
Kes baru tempatan: 2,678
Kes import: 73

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,512

Ini terdiri daripada 2,443 jangkitan tempatan dan 69 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 239 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 235 adalah jangkitan tempatan, manakala 4 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,272,386

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Mei: 2

Jumlah kematian sejauh ini: 1,377

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.11, kurang sedikit berbanding 1.08 pada Ahad (22 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 305 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 282 semalam (22 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 37

Dipantau rapi di ICU: 4

Seramai 4,285 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad (22 Mei), 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 75 peratus
 

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita