Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 2,665 kes baru COVID-19; 1 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 2,665 kes baru COVID-19; 1 kematian

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2022 07:47AM Dikemas Kini : 16 Aug 2022 07:55AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,665‬ kes baru di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (15 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 2,508 jangkitan tempatan dan 157 ‬kes import.

Satu kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 15 Ogos: 2,665
Kes baru tempatan: 2,508
Kes import: 157

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,394‬

Ini terdiri daripada 2,264 kes tempatan dan 130 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 271‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 244 adalah jangkitan tempatan, manakala 27 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,796,734

KEMATIAN

Kes kematian pada 15 Ogos: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,560

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kekal pada 0.74.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 569 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 564 yang dicatatkan semalam (14 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 62

Dipantau rapi di ICU: 20

Seramai 5,399 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad (14 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan