Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 2,651 kes COVID-19; 1 korban jiwa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,651 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (15 Mei).

Ia terdiri daripada 2,594 jangkitan tempatan dan 57 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 15 Mei: 2,651
Kes baru tempatan: 2,594
Kes import: 57

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,295

Ini terdiri daripada 2,253 jangkitan tempatan dan 42 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 356 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 341 adalah jangkitan tempatan manakala 15 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,242,884

KEMATIAN

Kes kematian pada 15 Mei: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,363

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.39, jatuh berbanding 1.42 semalam (14 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 274 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 260 semalam (14 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 36

Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 3,897 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (14 Mei), 96 peratus penduduk Singapura yang layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 75 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan