S'pura lapor 2,573 kes baru COVID-19; 2 kematian
Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,573 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (10 April).
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,573 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (10 April).
Ia terdiri daripada 2,511 jangkitan tempatan dan 62 kes import.
Dua kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 10 Apr: 2,573
Kes baru tempatan: 2,511
Kes import: 62
Jumlah kes baru Protokol 2: 2,318
Ini terdiri daripada 2,266 jangkitan tempatan dan 52 kes import .
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 255 kes disahkan menerusi ujian PCR.
245 adalah jangkitan tempatan manakala 10 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,138,001
KEMATIAN
Kes kematian pada 10 Apr: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 1,301
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.75, kekal sama dengan semalam (9 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 347 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 350 semalam (9 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 40
Dipantau rapi di ICU: 17
Seramai 4,341 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Sabtu (9 Apr), 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 72 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.