Skip to main content

Singapura

S'pura lapor 2,551 kes baru COVID-19; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:
 S'pura lapor 2,551 kes baru COVID-19; tiada kematian

Para pelawat di dewan ketibaan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 29 May 2022 09:49PM Dikemas Kini : 29 May 2022 10:12PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,551 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (29 Mei).

Ia terdiri daripada 2,448‬ jangkitan tempatan dan 103 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 29 Mei: 2,551

Kes baru tempatan: 2,448‬

Kes import: 103

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,279‬

Ini terdiri daripada 2,185 tempatan dan 94 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 272 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 263 adalah jangkitan tempatan, manakala 9 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,295,920

KEMATIAN

Kes kematian pada 29 Mei: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,383

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.98, kurang sedikit berbanding 1.0 pada Sabtu (28 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 334 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 301 semalam (28 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 39

Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 3,968 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (28 Mei), 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus

Sudah lengkap dua dos: 92 peratus

Sudah disuntik dos penggalak: 76 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita