Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 255 kes baru COVID-19, termasuk jumlah rekod 67 jangkitan import

Jumlah kes baru yang dicatatkan hari ini adalah yang terendah dalam lebih tiga bulan sejak 6 Sep.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 255 kes baru COVID-19 di Singapura, termasuk tiga kematian berkaitan koronavirus setakat Sabtu (19 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 19 Dis: 255 berbanding 271 pada Sabtu (18 Dis)

Kes baru dalam masyarakat: 182
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 6
Kes import: 67

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 275,910

KEMATIAN

Kes kematian pada 19 Dis: 3
Jumlah kematian sejauh ini: 813

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.56, merosot sedikit berbanding 0.58 pada Sabtu (18 Dis).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 Nov berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 496 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 62
Dipantau rapi di ICU: 7
Sakit tenat di ICU: 29
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 43.8 peratus peratus, turun daripada 47.6 peratus pada Sabtu

Seramai 503 pesakit dibenarkan pulang dari hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas - sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 88 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 33 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan