Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 2,162 kes baru COVID-19; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,162 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (6 Jun).

Ia terdiri daripada 2,041 jangkitan tempatan dan 121 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 6 Jun: 2,162
Kes baru tempatan: 2,041
Kes import: 121

Jumlah kes baru Protokol 2: 1,947

Ini terdiri daripada 1,841 kes tempatan dan 106 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 215 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 200 adalah jangkitan tempatan, manakala 15 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,321,146

KEMATIAN

Kes kematian pada 6 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,393

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.86, sama dengan pada Ahad (5 Jun).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 259 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 290 semalam (5 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 23

Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 3,433 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Ahad (5 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan