S'pura lapor 2,141 kes baru COVID-19; 1 kematian

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,141 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (30 Apr).
Ia terdiri daripada 2,083 jangkitan tempatan dan 58 kes import.
1 kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 29 Apr: 2,141
Kes baru tempatan: 2,083
Kes import: 58
Jumlah kes baru Protokol 2: 1,860
Ini terdiri daripada 1,814 jangkitan tempatan dan 46 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 281 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 269 adalah jangkitan tempatan manakala 12 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,197,908
KEMATIAN
Kes kematian pada 30 Apr: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 1,335
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.79 turun sedikit berbanding 0.86 semalam (29 Apr).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 231 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 245 semalam (29 Apr).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 15
Dipantau rapi di ICU: 6
Seramai 2,562 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Jumaat (29 Apr), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 74 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.