Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 19,159 kes baru; 10 tewas kepada COVID-19

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 19,159 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (2 Mac), yang terdiri daripada 18,999 jangkitan tempatan dan 160 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 19,159 kes baru; 10 tewas kepada COVID-19

Orang ramai melintasi jalan raya di Orchard di Singapura pada 5 Jan 2022. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 19,159 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (2 Mac), yang terdiri daripada 18,999 jangkitan tempatan dan 160 kes import.

10 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 2 Mac: 19,159
Kes baru tempatan: 18,999
Kes import: 160

Jumlah kes baru Protokol 2: 16,482. Ini terdiri daripada 109 kes import dan 16,374 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,677 kes disahkan menerusi ujian PCR. 2,625 adalah jangkitan tempatan manakala 52 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 767,663

KEMATIAN

Kes kematian pada 1 Mac: 10
Jumlah kematian sejauh ini: 1,040

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.98, merosot dari 1.02, pada Selasa (1 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,708 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,726 semalam (1 Mac)

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 215

Dipantau rapi di ICU: 51

Seramai 14,722 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa, 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 91 peratus
Baru menerima satu dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 68 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan