Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 1,670 kes baru COVID-19; 3 korban jiwa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,670 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (16 April).

Ia terdiri daripada 1,620 ‬jangkitan tempatan dan 50 kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 15 Apr: 1,670
Kes baru tempatan: 1,620
Kes import: 50

Jumlah kes baru Protokol 2: 1,416

Ini terdiri daripada 1,375 jangkitan tempatan dan 41 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 254 kes disahkan menerusi ujian PCR.

245 adalah jangkitan tempatan manakala 9 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,157,251

KEMATIAN

Kes kematian pada 16 Apr: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,313

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.74, susut sedikit berbanding 0.75 semalam (15 Apr).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 262 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 280 semalam (15 Apr).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 33

Dipantau rapi di ICU: 8

Seramai 3,458 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (15 Apr), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Lengkap divaksin 2 dos: 96 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 73 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan