S'pura lapor 12,784 kes baru COVID-19, jumlah jangkitan tertinggi sejak 22 Mac
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 12,784 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (4 Jul), yakni lebih seganda jangkitan yang dilaporkan semalam sebanyak 5,946 kes.
Jumlah itu juga melebihi 11,504 kes yang dicatatkan pada Selasa lalu (28 Jun), yang merupakan kes harian tertinggi dalam lebih tiga bulan.
Jumlah jangkitan yang dilaporkan pada Selasa lazimnya lebih tinggi berbanding hari-hari yang lain kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung kerana jumlah kes akan "selalu melonjak selepas hujung minggu".
Dua kematian dilaporkan hari ini manakala kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula 1.34 pada Selasa berbanding 1.45semalam (4 Jul).
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 5 Jul: 12,784
Kes baru tempatan: 12,248
Kes import: 536
Jumlah kes baru Protokol 2: 11,945
Ini terdiri daripada 11,446 kes tempatan dan 499 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 839 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 802 adalah jangkitan tempatan, manakala 37 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,485,964
KEMATIAN
Kes kematian pada 5 Jul: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 1,421
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.34 turun berbanding 1.45 semalam (4 Jul).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 683 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 631 semalam (4 Jul).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 77
Dipantau rapi di ICU: 16
Seramai 7,876 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Isnin (4 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 78 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.