Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 12,632 kes baru; 10 kematian akibat COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 12,632 kes baru; 10 kematian akibat COVID-19

Orang ramai melintasi jalan raya di Chinatown, Singapura, pada 22 Feb 2022. (Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 12,632 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (12 Mac).

Mereka terdiri daripada 12,520 jangkitan tempatan dan 112 ‬kes import.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 12 Mac: 12,632
Kes baru tempatan: 12,520
Kes import: 112

Jumlah kes baru Protokol 2: 10,422‬. Ini terdiri daripada 75 kes import dan 10,347 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,210‬ kes disahkan menerusi ujian PCR. 2,173adalah jangkitan tempatan manakala 37 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 929,735

KEMATIAN

Kes kematian pada 12 Mac: 10
Jumlah kematian sejauh ini: 1,139

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula kekal di bawah 1 pada 0.89, jatuh berbanding 0.92 pada Jumaat (11 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,375 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 1,450 semalam (11 Mac).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 160

Dipantau rapi di ICU: 37

Seramai 16,614 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat (11 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 91 peratus
Baru menerima satu dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 69 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan