Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 1,165 kes baru COVID-19; 609 jangkitan Omicron

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 1,165 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (17 Jan), termasuk 534 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 609 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 380 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala lagi 229 adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 17 Jan: 1,165 berbanding 863 pada Ahad (16 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 631
Kes import: 534
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 293,014

KEMATIAN

Kes kematian pada 17 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 843

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.6, naik berbanding 1.49 pada Ahad (16 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 217 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 196 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 13
Dipantau rapi di ICU: 13

Seramai 699 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 90 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 52 peratus

Sumber : Sumber Web/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan