Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 11,278‬ kes baru COVID-19; 11 korban jiwa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 11,278‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (16 Mac).

Ia terdiri daripada 11,141 ‬‬jangkitan tempatan dan 137 kes import.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 16 Mac: 11,278
Kes baru tempatan: 11,141
Kes import: 137

Jumlah kes baru Protokol 2: 9,762. Ini terdiri daripada 82 kes import dan 9,680 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,516‬‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,461 adalah jangkitan tempatan manakala 55 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 975,607

KEMATIAN

Kes kematian pada 16 Mac: 11
Jumlah kematian sejauh ini: 1,170

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula kekal di bawah 1 pada 0.76, jatuh berbanding 0.80 pada Selasa (15 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,238 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 1,311 semalam (14 Mac).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 171

Dipantau rapi di ICU: 36

Seramai 10,871 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (15 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 70 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan