Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 10,713‬ kes baru COVID-19, 12 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 10,713‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (17 Mac). Ia terdiri daripada 10,585 jangkitan tempatan dan 128 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 10,713‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (17 Mac).

Ia terdiri daripada 10,585 jangkitan tempatan dan 128 kes import.

Sebanyak 12 kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 17 Mac: 10,713
Kes baru tempatan: 10,585
Kes import: 128

Jumlah kes baru Protokol 2: 9,515. Ini terdiri daripada 90 kes import dan 9,425 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,198‬‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,160 adalah jangkitan tempatan manakala 38 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 986,320

KEMATIAN

Kes kematian pada 17 Mac: 12
Jumlah kematian sejauh ini: 1,182

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula kekal di bawah 1 pada 0.73, lebih rendah berbanding 0.76 pada Rabu (16 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,230 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,238 semalam (16 Mac).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 146

Dipantau rapi di ICU: 29

Seramai 9,994 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (16 Mac), 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 70 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan