Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 10,293 kes baru COVID-19; 3 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 10,293‬ kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (20 Jul).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 9,896 jangkitan tempatan dan 397 ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 20 Jul: 10,293
Kes baru tempatan: 9,896
Kes import: 397

Jumlah kes baru Protokol 2: 9,364

Ini terdiri daripada 9,008 kes tempatan dan 356 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 929 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 888 adalah jangkitan tempatan, manakala 41 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,626,360

KEMATIAN

Kes kematian pada 20 Jul: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,463

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.11, jatuh berbanding 1.36 semalam (19 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 818 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 795 yang dicatatkan semalam (19 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 70

Dipantau rapi di ICU: 17

Seramai 7,440 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (19 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan