Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lancarkan rangka kerja baru bantu syarikat nilai produk & perkhidmatan AI

Anggaran Waktu Membaca:
DAVOS, Switzerland: Pemerintah Singapura sedang merintis ujian kendiri tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI) pertama di dunia.

A.I Verify, yang dilancarkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Rabu (25 Mei), akan membolehkan syarikat-syarikat untuk mengukur dan memaparkan sejauh mana produk atau perkhidmatan AI masing-masing selamat digunakan serta boleh diyakini.

Bercakap kepada media di luar forum tersebut, Cik Teo menggambarkan A.I Verify sebagai satu cara untuk pengguna mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang boleh digunakan mereka dengan rasa lebih yakin.

Produk atau perkhidmatan AI termasuk pengecaman imej untuk mengesahkan tandatangan ataupun bank yang menggunakan analisis data untuk membantu membimbing keputusan pelaburan pelanggan.

Peralatan itu bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat memaklumkan kepada pelanggan mereka mengenai tujuan penggunaan produk atau perkhidmatan AI masing-masing serta batasan dan risiko yang terlibat, jika ada.

Cik Teo juga menarik perhatian bahawa perkembangan dalam ruang digital bergerak dengan begitu pantas. Lantas, peraturan perlu dikuatkuasakan seiring dengan rentak perkembangan tersebut dan penetapan peraturan sedemikian akan memerlukan pelibatan para penggubal dasar serta pemimpin teknologi.

Cik Teo juga menambah pendampingan beliau dengan pemain utama dalam bidang digital di WEF sudah membantu Singapura untuk menilai sama ada negara ini berada di landasan yang betul.

Berhubung keselamatan dan perlindungan, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Singapura David Koh menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam memerangi serangan siber pada masa hadapan, terutamanya bagi ekonomi kecil dan terbuka seperti Singapura yang amat bergantung kepada perdagangan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan