Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, AS lancar program sokong usahawan wanita dalam bidang teknologi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2022 04:33PM Dikemas Kini : 28 Jun 2022 09:00PM

MARYLAND: Singapura dan Amerika Syarikat sedang mempertingkatkan usaha bagi memperkasa kaum wanita masing-masing.

Kedua-dua negara itu melancarkan satu program yang menyokong kerjasama dan inovasi dalam kalangan usahawan wanita dalam bidang teknologi bagi meneroka peluang perniagaan di luar negara.

Program Kerjasama Wanita dalam Teknologi Amerika-Singapura dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo dan Setiausaha Perdagangan Amerika Gina Raimondo di Sidang Puncak Pelaburan SelectUSA di Maryland. 

Cik Teo berkata, membantu syarikat-syarikat yang dimiliki wanita untuk berkembang dan berjaya dalam ekonomi digital adalah satu matlamat yang dikongsi oleh beliau dan Cik Raimondo.

"Setiausaha Raimondo dan saya telah berbincang bahawa adalah sangat penting bagi kami untuk memastikan para wanita dilibatkan sama, bukan sahaja kerana ia langkah yang betul untuk mencipta lebih banyak peluang bagi wanita tetapi juga kerana wanita berupaya untuk membuat sumbangan besar," ujar Cik Teo.

Wanita dalam bidang teknologi juga, tambah Cik Teo, boleh menghubungkan perniagaan-perniagaan antarabangsa yang mahu meluaskan operasi di Asia Tenggara.

Cik Raimondo pula berkata, di bawah kerjasama itu para pembimbing di Amerika akan memberi sokongan kepada usahawan dari Singapura yang mahu berjaya di negaranya. 

Di satu pihak yang lain, para pembimbing dari Singapura akan membantu usahawan wanita Amerika memanfaatkan ekosistem teknologi negara ini. 

"Saya sangat mengalu-alukan program ini.  Ia akan mendekatkan lagi kedua-dua negara, masyarakat keusahawanan kita serta membantu para wanita dalam industri teknologi di Singapura dan Amerika. 

"Ia merupakan satu inisiatif besar yang mempertingkatkan usaha kami sebelum ini dan saya amat teruja," ujar Cik Raimondo. 

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan