Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lancar pas kerja baru untuk pikat bakat terbaik berbilang sektor mulai 2023

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lancar pas kerja baru untuk pikat bakat terbaik berbilang sektor mulai 2023

(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Singapura memperkenalkan pas kerja baru yang akan membenarkan para individu yang berpendapatan tinggi dan antara bakat terbaik di dunia untuk menetap di Singapura tanpa mendapatkan kerja di sini terdahulu, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Isnin (29 Ogos). 

Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara atau One Pass akan mula dikeluarkan tahun depan dan bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab utama sejagat. 

Pas baru ini diperuntuk untuk bakat-bakat dalam berbilang sektor yang mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya S$30,000 atau mempunyai "pencapaian luar biasa" dalam bidang sains dan teknologi, seni dan budaya, penyelidikan dan akademik, ataupun kesukanan. 

Dalam syarat gaji tersebut, para pemohon harus membuktikan bahawa mereka meraih pendapatan bulanan tetap sekurang-kurangnya S$30,000 sepanjang tahun lalu atau menunjukkan bahawa mereka akan meraih gaji minimum itu di bawah bakal majikan mereka di Singapura. 

Calon asing juga perlu menunjukkan bahawa mereka pernah bekerja atua sudah bekerja di bawah syarikat yang maju - dalam peranan mereka di luar negara pada waktu permohonan, atau peranan yang akan mereka memainkan di Singapura. 

Namun, syarat gaji itu tidak meliputi mereka yang pernah mencatat pencapaian besar dalam bidang-bidang seperti sains dan teknologi, seni dan budaya, penyelidikan dan akademik, ataupun kesukanan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan