S'pura lancar dos vaksin penggalak kedua COVID-19 bagi warga emas
Gambar fail. (Gambar: Ong Ye Kung/Facebook)
SINGAPURA: Keadaan bertambah rancak sedikit di pusat-pusat vaksinasi dan klinik pada Jumaat (8 April) sedang Singapura melancarkan dos vaksin penggalak kedua COVID-19 bagi warga emas berusia 80 tahun dan ke atas.
Warga emas dilihat tiba di pusat vaksinasi di kawasan kejiranan Bishan secara beransur-ansur.
Sebilangan warga tua memberitahu Mediacorp, mereka tidak terlalu bimbang tentang kesan sampingan dos vaksin keempat.
Ini berdasarkan pengalaman mereka mendapat tiga dos yang pertama tanpa masalah.
Selain pusat vaksinasi, warga emas berusia 80 tahun dan ke atas juga boleh mengunjungi lebih 200 klinik GP untuk mendapatkan dos penggalak kedua.
Golongan tertentu di bawah 80 tahun juga boleh mendapatkan dos penggalak kedua.
Mereka termasuk yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang kronik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.