Skip to main content

Singapura

S'pura labur $150 juta bagi kajian, pengembangan dalam bidang angkasa lepas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Feb 2022 07:43PM Dikemas Kini : 09 Feb 2022 09:17PM

SINGAPURA: Singapura membuat pelaburan $150 juta untuk kajian dan pengembangan dalam bidang angkasa lepas.

Dana tersebut akan digunakan institusi-institusi pengajian tinggi untuk menyokong inisiatif keutamaan negara, seperti dalam bidang penerbangan, maritim dan kemampanan, serta teknologi baru yang berupaya mencetuskan gangguan.

Berikut diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong di Konvensyen Sains dan Teknologi Sedunia yang ke 14 pada Rabu (9 Feb).

Encik Gan berkongsi perincian strategi serampang tiga mata yang bertujuan menggalak pertumbuhan sektor angkasa tempatan.

Ia termasuk pelaburan lebih tinggi untuk mengembangkan keupayaan di angkasa lepas.

Bantuan lebih kukuh untuk kembangkan eko-sistem tempatan, dan kerjasama dengan negara-negara lain yang turut meneroka angkasa, juga dirancang.

Ia agar bakat-bakat baru tersedia untuk sektor tersebut.

Buat masa ini, terdapat lebih 80 syarikat dalam sektor angkasa lepas di Singapura.

Dengan bantuan lebih kukuh dari sektor awam dan swasta, Encik Gan menggalakkan lebih ramai penyelidik untuk menyerantau.

"Memandangkan teknologi angkasa melibatkan pelbagai disiplin pendidikan, saya galakkan penyelidik tempatan dalam bidang-bidang terkait seperti robotik, kecerdasan buatan, sains bahandan juga huraian bandar, untuk meneroka sama ada teknologi anda boleh digunakan untuk aplikasi angkasa dan sebaliknya, " kata Encik Gan.

Beliau menambah bahawa, "Pemerintah akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat Singapura bagi membangun keupayaan teknologi yang mendalam, menyokong usaha mengalihkan hasil penyelidikan dan teknologi kepada produk-produk komersil, dan memupuk syarikat-syarikat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa."

Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita