Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Kemboja sahkan hubungan dua hala; Vivian Balakrishnan lahir keprihatinan situasi di Myanmar

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Rabu (16 Feb) sedang mereka mengesahkan semula "hubungan erat dan lama terjalin" antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Rabu (16 Feb) sedang mereka mengesahkan semula "hubungan erat dan lama terjalin" antara kedua-dua negara.

Semasa pertemuan itu, Dr Balakrishnan juga berkata bahawa Singapura kekal "amat prihatin" mengenai situasi di Myanmar, menurut satu kenyataan media Singapura (MFA).

Dr Balakrishnan kini berada di Kemboja bagi Retreat Menteri Ehwal Luar ASEAN - iaitu yang pertama dalam beberapa siri mesyuarat dianjurkan Kemboja sebagai pengerusi ASEAN pada 2022.

Dalam pertemuannya bersama Encik Hun Sen, Dr Balakrishnan mengucapkan tahniah kepadanya atas kejayaan Kemboja menguruskan pandemik COVID-19 sepanjang dua tahun lalu dan mengesahkan semula sokongan Singapura kepada Kemboja selaku pengerusi ASEAN, menurut MFA.

Kedua-dua pemimpin juga komited untuk terus mengukuhkan kerjasama dua hala sedang kedua-dua negara berusaha ke arah pemulihan selepas COVID-19.

"Perdana Menteri Hun Sen dan Menteri Balakrishnan mengadakan perbincangan meluas tentang perkembangan di wilayah ini. Mereka berharap untuk melihat lebih banyak kemajuan dalam rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan," menurut MFA.

"Mereka juga bersetuju bahawa adalah penting untuk mewujudkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan di rantau Asia-Pasifik. Perdana Menteri Hun Sen mengalu-alukan penyambungan semula perjalanan secara selamat ke rantau itu dan aturan ASEAN bagi menyokongnya."

Dr Balakrishnan juga bertemu dengan Menteri Sekitaran Say Samal, Pengerusi Suruhanjaya Perhimpunan Kebangsaan bagi Pendidikan, Belia, Sukan, Agama, Budaya dan Pelancongan Hun Many dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Prak Sokhonn.

SITUASI DI MYANMAR

Dr Balakrishnan turut mengulangi keprihatinan Singapura terhadap situasi di Myanmar dan kurangnya kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara sejak ia dipersetujui pemimpin ASEAN dan ketua tentera Myanmar Min Aung Hlaing adalah mengecewakan, menurut MFA.

Perdana Menteri Hun Sen dan Dr Balakrishanan bersetuju bahawa aturan sedia ada bagi Myanmar untuk diwakili di peringkat bukan politik dalam mesyuarat ASEAN harus diteruskan.

Mereka menekankan perlunya bagi pihak berkuasa tentera Myanmar untuk segera melaksanakan sepenuhnya Konsensus Lima Perkara dan jika terdapat sebarang kemajuan ketara berhubung perkara itu, ASEAN akan menyemak semula aturan tersebut, menurut MFA.

Dr Balakrishnan juga menekankan sokongan Singapura terhadap pelantikan Utusan Khas bagi Pengerusi ASEAN di Myanmar dan baginya berjumpa dengan semua pihak yang terlibat.

Perdana Menteri Hun Sen dan Dr Balakrishnan juga bersetuju bahawa agenda penuh ASEAN tidak harus dihambat oleh situasi di Myanmar, menurut MFA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan