S'pura keluar belanja S$72.3 bilion bagi tangani COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak S$72.3 bilion dibelanjakan untuk menangani pandemik COVID-19 sepanjang tempoh dua tahun kewangan (FY) yang lalu, dedah Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah di Parlimen pada Selasa (13 Sep).
Daripada jumlah tersebut, S$13.4 bilion digunakan bagi langkah-langkah kesihatan awam. Lagi S$50.6 bilion disalurkan bagi langkah-langkah untuk menyokong para pekerja dan perniagaan, manakala S$8.3 bilion diberikan langsung bagi sokongan keluarga dan sosial.
Jumlah keseluruhan wang yang dibelanjakan itu lebih rendah berbanding jumlah awal, iaitu S$100 bilion, yang diikrarkan oleh Pemerintah, menurut Cik Indranee dalam responsnya kepada pertanyaan Anggota Parlimen Foo Mee Har (PAP-West Coast).
Terdapat dua sebab bagi jumlah perbelanjaan yang lebih rendah itu.
Pertama, Pemerintah menetapkan modal pinjaman pada FY2020 sedang ia menjangkakan pasaran kredit semakin mencerut. Namun ia akhirnya tidak diperlukan, memandangkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menawarkan keaedah untuk menyediakan modal pinjaman rendah kepada institusi-institusi kewangan yang memerlukannya, jelas beliau.
Kedua, sumber-sumber yang ditetapkan bagi kapasiti kesihatan awam untuk memenuhi "senario-senario yang mungkin menjadi kelemahan" tidak digunakan sepenuhnya, memandangkan langkah-langkah pengurusan selamat dan kerjasama rakyat Singapura membantu mengelak keadaan kesihatan awam bertambah teruk.
Sungguhpun demikian, dana yang tidak digunakan sepenuhnya itu diimbangi oleh pelbagai pakej sokongan yang diperkenalkan sewaktu tempoh kewaspadaan dipertingkat dan fasa penstabilan dari Mei hingga November 2021 sedang jumlah kes jangkitan melonjak, tambah beliau.
Cik Indranee juga menarik perhatian bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sudah memulakan semakan ke atas kawalan dan pemeriksaan berhubung pemerolehan dan perbelanjaan berkaitan COVID-19 sejak awal tahun ini.
"Setiap agensi sedang menjalankan audit masing-masing berhubung pemerolehan dan perbelanjaan berkaitan COVID-19 untuk memastikan urus niaga yang dijalankan adalah sah dan juga tiada pembayaran yang dibuat secara silap," ujar beliau.
Langkah ini diambil di samping audit tahunan yang dijalankan oleh Pejabat Juruaudit Negara (AGO). Laporan terkini oleh AGO menarik perhatian kepada kawalan dan pemeriksaan yang tidak mencukupi oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) berhubung pemerolehan dan perbelanjaan.
"Mengambil pengajaran daripada pengalaman kita menangani COVID-19 dan daripada laporan Pejabat Juruaudit Negara, MOF sedang menyemak garis panduan kami mengenai pemerolehan, pengurusan kontrak dan pembayaran untuk memastikan langkah-langkah kawalan kita sesuai bagi kecemasan-kecemasan masa akan datang," Cik Indranee memberitahu Dewan.
MOF juga akan mengeluarkan makluman kepada agensi-agensi berhubung pelaksanaan amalan-amalan baik dan mengurangkan risiko kewangan semasa kecemasan, tambah beliau.
Ini termasuk melaksanakan sistem pemeriksaan bagi kelayakan mendapatkan geran, termasuk pengesahan data di peringkat sumbernya untuk mengurangkan risiko berlaku kesilapan daripada proses yang dijalankan secara manual, dan memastikan dokumen-dokumen mengenai keputusan-keputusan penting dibuat dengan betul, antara lain.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.