Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kekal komited terhadap PBB yang terbuka, inklusif & berasaskan undang-undang, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kekal komited terhadap PBB yang terbuka, inklusif & berasaskan undang-undang, kata PM Lee

PM Lee Hsien Loong bertemu Setiausaha Agung PBB António Guterres pada 1 April 2022. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 21 Sep 2022 06:48PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 11:30PM
SINGAPURA: Singapura pada Rabu (21 Sep) meraikan ulang tahun ke-57 sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura terus komited terhadap PBB yang terbuka, inklusif dan berasaskan undang-undang.

Encik Lee menambah PBB memberikan negara-negara kecil seperti Singapura peluang untuk bersuara dan ada taruhan dalam membina keamanan serta keselamatan sejagat.

"PBB semakin penting kerana menyediakan wadah bagi negara-negara bekerjasama dan membina persekitaran antarabangsa yang mantap," kata Encik Lee menerusi catatannya di Facebook pada Rabu (21 Sep).

Ini ketika dunia menghadapi cabaran-cabaran yang rumit termasuk perubahan iklim dan ketegangan geopolitik.

Encik Lee menambah pandemik mengingatkan dunia bagaimana semua negara saling terhubung dan bergantung kepada satu sama lain.
Sumber : CNA/AI/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan