Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kaji vaksin Moderna, Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak bawah 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) dan Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi COVID-19 kini sedang mengkaji keberkesanan dan keselamatan vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak kecil.

Kajian tersebut akan meneliti penggunaan vaksin COVID-19 Moderna untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun dan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga empat tahun.

"Kami sedang mendampingi kedua-dua pengeluar vaksin untuk mendapatkan maklumat yang relevan bagi memudahkan penilaian risiko serta manfaat penggunaan vaksin tersebut dalam kumpulan umur itu," menurut MOH pada Isnin (20 Jun) sebagai menjawab pertanyaan media.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Sabtu (18 Jun) mengesyorkan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan dan membenarkan penggunaan vaksin tersebut di seluruh negara mulai minggu depan.

Langkah CDC itu dibuat selepas panel penasihat mengundi untuk mengesyorkan vaksin COVID-19 untuk kumpulan kanak-kanak tersebut.

Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin Moderna untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun dan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun.

Vaksin Pfizer-BioNTech sudahpun diluluskan untuk kanak-kanak berumur lima tahun di Amerika Syarikat.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan