Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura juarai peringkat akhir Global Pastry Chef Challenge 2022

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura juarai peringkat akhir Global Pastry Chef Challenge 2022

Gambar: Global Pastry Chef Challenge

Diterbitkan : 05 Jun 2022 07:15PM Dikemas Kini : 05 Jun 2022 07:40PM

ABU DHABI: Dengan arca coklat seolah-olah menggambarkan makhluk menjelma dari botol sebagai hasil karya mereka, Singapura dinobat sebagai juara yang membawa pulang hadiah utama dari Cabaran Cef Pastri 2022 yang berlangsung di Abu Dhabi pada Jumaat (3 Jun).

Pasukan pastri Singapura, yang diwakili oleh Dexter Lee yang merupakan pensyarah dan cef pastri dan kek daripada ITE Kolej Barat serta pembantu beliau, Terence Lin. 

Encik Terence Lin berjaya menewaskan naib juara, Itali dan pemenang tempat ketiga, Perancis.

win
Gambar: Global Pastry Chef Challenge

Pertandingan Global Pastry Chef Challenge adalah sebahagian daripada pertandingan antarabangsa yang dianjurkan oleh Worldchefs (The World Association of Chefs' Societies). 

Global Chefs Challenge and the Global Young Chefs Challenge merupakan dua kategori yang dipertandingkan oleh chef-chef antarabangsa.

Peringkat akhir pertandingan tahun ini diadakan di Abu Dhabi yang bermula daripada 31 Mei hingga 3 Jun. 

Dalam kategori Global Pastry Chef Challenge, pasukan Singapura harus memaparkan tiga ciptaan iaitu sebuah arca coklat, pencuci mulut yang dihidangkan dan sebuah kek entremet (sejenis pencuci mulut Perancis klasik).

Diketuai oleh pengurus pasukan Gary Lim yang merupakan pengajar utama kanan di Politeknik Temasek, pasangan duo Encik Lee dan Encik Lin mencipta arca coklat yang "seolah-olah menggambarkan makhluk menjelma dari botol " yang direka sempena tema "1001 Arabian Nights" pasukan tersebut.

genie
Gambar: Global Pastry Chef Challenge
cake
Gambar: Global Pastry Chef Challenge
cake
Gambar: Global Pastry Chef Challenge

Singapura juga membawa pulang satu lagi penghargaan dalam kategori Global Chef Challenge. 

Leong Wei Ming dan pembantu beliau, Abigail Say menduduki tempat ketiga dalam kategori pertandingan mereka dan berjaya menewaskan 13 negara lain.

Pasangan itu harus menyiapkan 12 bahagian menu empat hidangan untuk para juri. 

win
Gambar: Global Pastry Chef Challenge

Encik Leong dan Encik Say diketuai oleh jurulatih Lee Boon Seng dan pengurus pasukan KK Kong. Kesemua peserta sudah dilatih oleh mentor dari Persatuan Cef-Cef Singapura, Perikatan Pastri Singapura dan persatuan kebangsaan untuk chef profesional di Singapura.

"Tahun-tahun yang lepas sangat sukar namun kami percaya bahawa kami harus berikan yang terbaik untuk melayangkan bendera Singapura," kata Encik Eric Neo, presiden Persatuan Chef Singapura. 

"Persatuan kami percaya bahawa pertandingan adalah salah satu cara untuk mendidik dan terus melatih cef generasi akan datang."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan